Monday, 25 September 2017

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA DALAM INDUSTRI PEMBINAAN


ISU-ISU SEMASA
1.      PENGENALAN
2.      OBJEKTIF
3.      KEMALANGAN DI TAPAK PEMBINAAN
3.1  isu kemalangan dalam industri binaan
3.2  amalan keselamatan di tapak binaan
3.3  kemalangan
3.4  masalah kemalangan dalam industri binaan
3.5  langkah-langkah mencegah kemalangan
4.      SUMBER MANUSIA DAN KEPAKARAN TENAGA BURUH
4.1  Kepentiangan sumber manusia dalam industri pembinaan
4.2  Isu buruh asing terhadap keselamatan dan kesihatan di tapak binaan
4.3  Isu kepakaran tenaga buruh industri binaan
5.      PROGRAM LATIHAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN
5.1  Latihan
5.2  Kepentingan latihan dalam industry binaan
6.      KESIMPULAN
7.      RUJUKAN




ISU-ISU SEMASA PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA

ABSTRAK: Kertas kerja ini membincangkan isu-isu semasa berkaitan keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan, sumber manusia, kepakaran tenaga buruh dan program latihan dalam keselamatan dan kesihatan dalam industri pembinaan. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa salah satu kesan sampingan daripada kepesatan perkembangan ekonomi negara beberapa tahun kebelakangan ini ialah risiko-risiko yang dihadapi oleh tenaga kerja, khususnya dalam industri pembinaan yang semakin kompleks seperti isu-isu kualiti yang rendah, tahap produktiviti yang rendah, imej, kekurangan tenaga kerja mahir dan tahap kemalangan yang tinggi. Latihan keselamatan mempunyai kepentingan kepada firma dan masyarakat dan berupaya menyelamatkan nyawa, mengelakkan kemalangan, kecederaan dan kesakitan. Ini menunjukkan betapa pentingnya membekalkan secukupnya latihan keselamatan bagi memastikan tanggungjawab majikan telah dilaksanakan iaitu membekalkan latihan kepada semua lapisan pekerja binaan termasuk kakitangan pengurusan.


Kata kunci: Industri Pembinaan, Kemalangan, Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Latihan







1.     PENGENALAN

Salah satu langkah untuk membantu negara di dalam usaha membangunkan imej industri pembinaan adalah dengan menyediakan persekitaran kerja yang selamat. Kejadian kemalangan seperti yang sering berlaku di sektor pembinaan telah mengakibatkan kehilangan begitu ramai tenaga kerja dan kerugian harta benda berjuta-juta ringgit pada setiap tahun di negara ini. Sekiranya situasi ini tidak dibendung, sudah tentu sedikit sebanyak ianya akan menjejaskan perkembangan ekonomi negara serta hasrat untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
Kejadian kemalangan di dalam industri binaan sering dikaitkan dengan kecuaian dalam pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan, pengabaian program program kesedaran dan latihan, tiadanya displin, kurangnya komunikasi serta lain-lain lagi gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes kemalangan yang semakin meningkat hari ini. Dengan mengambil kira situasi ekonomi dalam industri binaan, isu-isu dan masalah-masalah berikut telah dikenal pasti sebagai isu yang dianggap penting dalam industri binaan dan harus dilihat dengan lebih serius untuk mencari penyelesaian; iaitu kualiti yang rendah, tahap produktiviti yang rendah, imej, tahap etika yang rendah, kekurangan tenaga kerja mahir dan tahap kemalangan yang tinggi.


2.     OBJEKTIF


Objektif kertas kerja ini adalah bagi membincangkan perkara-perkara berikut:

i. Kemalangan di tapak pembinaan
ii. Sumber manusia dan kepakaran tenaga buruh
ii. Program latihan keselamatan dan kesihatan dalam industri pembinaan


3. KEMALANGAN DI TAPAK PEMBINAAN


3.1 Isu Kemalangan Dalam Industri Binaan
Kualiti dan keselamatan merupakan dua isu penting di dalam industri pembinaan masa kini. ISO 9000 telah dengan kadar yang aktif dipromosikan dalam industri pembinaan bagi memastikan kualiti pembinaan yang disiapkan oleh kontraktor. Selain faktor kualiti, keperluan menyediakan persekitaran kerja yang selamat tidak boleh dipinggirkan dalam situasi industri pembinaan yang sememangnya berisiko tinggi. Semakin banyak projek yang kompleks, keselamatan semakin menjadi isu penting bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda terjamin. Banyak negara maju seperti UK dan Australia mewartakan peraturan pengesahan amalan keselamatan dalam praktik pekerjaan kontraktor di tapak pembinaan. Revolusi dan perubahan dalam pengurusan sistem keselamatan telah menjadikan ianya suatu mandat dalam mempraktikkan amalan keselamatan dapat diuruskan secara berkesan (Low, et al., 2000). Industri pembinaan masih mengamalkan proses kerja yang berintensifkan buruh (labour intensive) berdasarkan tred-tred kerja basah (wet trades). Ini adalah faktor penyumbang utama kepada kualiti kerja yang rendah kerana tenaga kerja yang melaksanakan kerja ini tidak berkemahiran dan terlatih.
Kejadian kemalangan di dalam industri binaan sering dikaitkan dengan kecuaian dalam pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan, pengabaian program program kesedaran dan latihan, tiadanya displin, kurangnya komunikasi serta lain-lain lagi gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes kemalangan yang semakin meningkat hari ini (Bold, 1996).
3.2 Amalan Keselamatan Di Tapak Binaan
Pelaksanaan amalan keselamatan di tapak bina perlu dipraktikkan oleh semua pihak yang terlibat dalam industri binaan bertujuan untuk mengelakkan kemalangan dari berlaku di tapak bina. Kerajaan telah menggubal akta bagi memastikan amalan keselamatan menjadi keutamaan di tapak bina, seperti Akta Kilang dan Jentera 1967. Kemudiannya, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah digubal pada 1984 bagi meningkatkan keberkesanan dan mempertingkatkan amalan keselamatan di dalam industri binaan (A. Abdeli, 1994). Dalam pengurusan keselamatan tapak bina, pelbagai kos diperuntukkan bagi menjamin tahap keselamatan yang mencukupi dan bagi menjamin pelaksanaan kerja di tapak bina tidak diganggu akibat kejadian kemalangan (Mac Collum, 1993).
Keselamatan ialah keadaan yang bebas daripada risiko yang berbahaya. Ini adalah berkaitan dengan bahaya yang boleh mendatangkan kecederaan fizikal dan risiko terhadap kesihatan dalam jangkamasa tertentu (Davies dan Tomasin, 1996). Dalam industri pembinaan, kebanyakan kes kecederaan berlaku di tempat kerja adalah disebabkan oleh pekerja tidak diberi latihan keselamatan yang mencukupi atau langsung tiada diberi latihan (Grossman, 1996). Sejak isu mengenai keselamatan meningkat dalam industri binaan, banyak kajian berkaitan keselamatan telah dijalankan bagi kerja-kerja bangunan. Sehubungan dengan itu, kajian lebih mendalam perlu dilakukan bagi mengenalpasti kos pengurusan dan perancangan bagi kerja kejuruteraan awam agar dapat dijadikan panduan perancangan projek dan anggaran projek akan diketahui.


3.3 Kemalangan
Kemalangan menurut Laney (1982a) merupakan keadaan atau situasi yang berlaku tanpa kawalan yang mengakibatkan kecederaan dan kerosakan. Dalam industri binaan kemalangan mengakibatkan kecederaan, kematian, kerosakan jentera, bahan binaan dan sebagainya yang berkaitan dengan industri ini. Ridley (1983) menyatakan definisi terawal yang telah dikemukakan oleh Lord Mac Naughton di dalam kes Fenton v. Thorley & Co. Ltd (1903) AC 443 yang berpendapat bahawa suatu perkara yang menghalang atau ditonjolkan ketika tidak diingini ke atas sesuatu pekerjaan normal dan di dalam erti kata harian, ia merupakan kemalangan yang tidak dapat dijangka atau disedari oleh mangsa. Definisi yang didapati daripada 40 penyelidikan yang dibuat oleh Ridley (1983) dari aspek umum, undang-undang, perubatan, saintifik dan literatur keselamatan telah mengemukakan definisi kemalangan yang tepat.
Peyton dan Rubio (1991), menyatakan kebanyakan pakar mendefinisikan kemalangan sebagai kejadian yang tidak dapat diramal menyebabkan kecederaan fizikal kepada manusia dan kerosakan harta benda. Ia juga boleh dikatakan sebagai ‘suatu kejadian yang boleh dan telah menyebabkan penurunan kecekapan firma dan operasi perniagaan’. Maksud risiko dan bahaya merujuk kepada kemalangan yang boleh mengganggu kesihatan dan mewujudkan suasana kerja yang tidak sihat (Davies dan Tomasin, 1990). Brazier (1994) dan Covan (1995) bersetuju bahawa kemalangan merupakan suatu keadaan yang tidak diingini yang menyebabkan kecedaraan atau kerosakan. Jadual 1 menunjukkan jumlah kemalangan industri di Malaysia yang dilaporkan mengikut sektor dan antara 2000-2004


3.4. Masalah Kemalangan Dalam Industri Binaan
Kepesatan pembangunan ekonomi yang sedang pesat ini sememangnya telah memberikan banyak manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Namun demikian, kita juga akui bahawa bersamanya kesan-kesan sampingan yang perlu diatasi. Salah satu daripadanya ialah peningkatan bahaya atau risiko di tempat kerja akibat daripada penggunaan bahan, peralatan dan proses kerja yang canggih dan berbagai-bagai pada masa ini. Semestinya risiko-risiko tersebut dikawal dengan berkesan bagi memastikan produktiviti dan kualiti kerja dalam industri binaan sentiasa dapat dikekalkan pada tahap yang tinggi (Ludin Embong, 1995). Kemalangan yang tinggi dalam sektor binaan boleh menyebabkan negara kehilangan tenaga kerja dan kerugian harta benda yang bernilai beribu juta ringgit pada setiap tahun. Dalam industri pembinaan, kebanyakan kes kecederaan berlaku di tempat kerja adalah disebabkan oleh pekerja tidak diberi latihan keselamatan yang mencukupi atau langsung tidak diberi latihan (Grossman, 1996). Jadual 2. menunjukkan jumlah kemalangan (maut) mengikut tahun di Malaysia antara 2000-2004.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa salah satu kesan sampingan daripada kepesatan pembangunan ekonomi negara pada beberapa tahun kebelakangan ini ialah risiko-risiko yang melibatkan tenaga kerja iaitu risiko kemalangan dan penyakit pekerjaan yang semakin serius dilaporkan. Kemalangan dan penyakit pekerjaan yang tinggi akan menjejaskan pembangunan negara dan kehilangan tenaga kerja. Seperti yang telah diketahui, pekerja adalah aset penting negara dan menjadi tulang belakang proses pembangunan. Pembangunan ekonomi dan sosial tidak akan tercapai tanpa sumbangan daripada para pekerja. Justeru itu, usaha-usaha sentiasa dijalankan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja tidak terjejas (Levitt et al, 1987).
Peruntukan yang sepatutnya dipatuhi oleh majikan sepertimana Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bagi menyediakan latihan dan memberikan pengetahuan keselamatan nampaknya tidak dilaksanakan sepenuhnya oleh majikan. Alasan kos latihan yang tinggi menjadi alasan utama majikan enggan melaksanakan keperluan ini (Everett, 1996). Menurut Davies dan Tomasin (1996), majikan dalam industri pembinaan perlu menyediakan pelbagai peringkat latihan tentang keselamatan dan kesihatan kepada setiap pekerja dan pegawai pengurusannya. Oleh yang demikian, majikan atau kontraktor boleh dikatakan merupakan golongan yang utama dalam menentukan keselamatan dan kesihatan kepada pekerjanya.

3.5 Langkah-Langkah Mencegah Kemalangan
Langkah-langkah untuk mencegah dari berlaku kemalangan boleh dilaksanakan oleh kontraktor dengan menyediakan peralatan serta kelengkapan keselamatan yang sesuai dengan keperluan kerja dalam kadar yang mencukupi (Peyton dan Rubio, 1991). Pihak kontraktor terlebih dahulu perlu mengenalpasti risiko-risiko bahaya di tapak bina dan mengenalpasti peralatan yang sesuai untuk mewujudkan sistem kerja yang selamat. Di antara -3-
peralatan keselamatan yang perlu disediakan oleh kontraktor adalah topi keselamatan, jaket keselamatan dan kasut keselamatan.



4. SUMBER MANUSIA DAN KEPAKARAN TENAGA BURUH

4.1 Kepentingan Sumber Manusia Dalam Industri Pembinaan
Tenaga buruh amat penting di dalam industri pembinaan tetapi negara terpaksa mengimport tenaga buruh asing daripada negara jiran untuk menampung kekurangan tenaga buruh tempatan yang semakin kritikal. Perkara tersebut, mungkin berpunca daripada pemikiran masyarakat kita sendiri di Malaysia yang memandang rendah dan kotor terhadap buruh binaan ini, walhal bidang kerja tersebut memberi pendapatan yang cukup lumayan berbanding dengan kerja-kerja lain terutamanya kerja sebagai operator di kilang.
Kepesatan pembangunan negara menyebabkan industri pembinaan negara terpaksa bergantung kepada buruh asing. Kebanyakan buruh asing yang diambil bekerja tidak mempunyai kemahiran dan kurang produktiviti (CIDB, 2004). Keadaan ini berlaku akibat daripada tekanan upah yang meningkat untuk menggajikan buruh tempatan. Ini menyebabkan kontraktor lebih senang mengambil buruh asing berbanding buruh tempatan untuk diambil bekerja. Perkara ini menjadi isu utama dalam industri pembinaan sekarang. Keadaan ini bertambah meruncing apabila Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menganggarkan lebih setengah daripada 800,000 gunatenaga dalam sektor pembinaan negara dipenuhi oleh tenaga kerja asing yang tidak berkemahiran. Ini bermakna industri pembinaan negara masih mempunyai banyak peluang pekerjaan untuk diisi oleh belia tempatan bagi mengatasi masalah pergantungan kepada tenaga kerja asing. Langkah ini sekaligus menjimatkan pengaliran wang Malaysia ke luar negara (CIDB, 2004).
Bidang kerja pembinaan tidak lagi wajar diistilahkan sebagai buruh kasar, hina dan kotor, selain faktor 3D (Dirty, Difficult and Dangerous) sebaliknya kini kerja dalam bidang pembinaan ini diiktiraf sabagai kerjaya yang memerlukan kemahiran dan memiliki kemahiran mental, fizikal, kreatif serta ianya telah diakui sebagai tulang belakang pembangunan negara. Kerjaya sebagai pekerja buruh binaan dalam industri pembinaan bukan lagi dianggap sebagai pekerjaan golongan atau kumpulan yang tercicir sebaliknya bidang kemahiran terutamanya dalam industri pembinaan adalah satu pekerjaan yang menjanjikan sumber rezeki yang lumayan (CIDB, 2004; Berita Harian, 1993).

4.2 Isu Buruh Asing terhadap Keselamatan dan Kesihatan Di Tapak Binaan
Kemasukan tenaga kerja asing yang ramai dari negara kurang membangun telah memberikan imej yang kurang baik dari aspek keselamatan kerana mereka kurang memberikan perhatian atau tiada pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan di tapak binaan. Masalah ini timbul adalah kerana mereka ini tidak menerima latihan secara formal sama ada di negara asal atau di Malaysia. Sikap tersebut juga menjadi salah satu punca yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan. Insiden-insiden ini telah memberi publisiti yang tidak baik dalam usaha untuk menarik lebih ramai lagi tenaga kerja tempatan terutamanya belia-belia lepasan sekolah (CIDB, 2004).
Kepesatan pembangunan negara menyebabkan industri pembinaan negara terpaksa bergantung kepada buruh asing. Kebanyakan buruh asing yang diambil bekerja tidak mempunyai kemahiran dan kurang produktiviti (CIDB, 2004). Keadaan ini berlaku akibat daripada tekanan upah yang meningkat untuk menggajikan buruh tempatan. Ini menyebabkan kontraktor lebih senang mengambil buruh asing berbanding buruh tempatan untuk diambil bekerja. Perkara ini menjadi isu utama dalam industri pembinaan sekarang. Keadaan ini bertambah meruncing apabila Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menganggarkan lebih setengah daripada 800,000 guna tenaga dalam sektor pembinaan negara dipenuhi oleh tenaga kerja asing yang tidak berkemahiran. Ini bermakna industri pembinaan negara masih mempunyai banyak peluang pekerjaan untuk diisi oleh belia tempatan bagi mengatasi masalah pergantungan kepada tenaga kerja asing. Langkah ini sekaligus menjimatkan pengaliran wang Malaysia ke luar negara.


4.3. Isu Kepakaran Tenaga Buruh Industri Binaan
Sektor pembinaan selalunya dikaitkan dengan fenomena 3-D iaitu 'Dirty, Difficult and Dangerous' (Kotor, Sukar dan Merbahaya). Tenaga kerja tempatan berpendapat, pekerjaan di sektor pembinaan tidak dipandang tinggi di kaca mata belia atau masyarakat. Bebanan kerja yang berat dan terpaksa bekerja di bawah panas terik matahari dikaitkan dengan pekerjaan buruh kasar. Di samping itu, banyak berita di akhbar menyiarkan insiden kemalangan di tapak binaan yang kadang-kala melibatkan kematian telah memburukkan lagi persepsi rakyat tempatan. Perubahan teknologi kepada IBS telah mula mengubah persepsi kepada industri binaan yang lebih cekap dan mampu menghasilkan industri yang lebih selamat dan berupaya menangani masalah semasa industri binaan, selain berupaya bersaing dalam era industri binaan bersaing dalam dunia globalisasi (Shahrul Nizar Shaari, 2003).
Kelebihan-kelebihan yang ditawarkan oleh penggunaan IBS dapat mengalihkan sektor pembinaan daripada masalah 3-D atau 3-K iaitu Dirty (Kitanai), Difficult (Kitsui) dan Dangerous (Kiken), yang selama ini merupakan antara punca pekerja tempatan hilang minat untuk memasuki sektor pembinaan. Rekod CIDB mendapati hampir tiga daripada empat pekerja asing yang memohon ujian kepakaran untuk lanjutan permit terdiri daripada mereka yang terlibat dalam tred basah (wet-trades) seperti penyusun batu-bata, tukang kayu (acuan), tukang besi, tukang lepa dan tukang konkrit. Kerjaya dalam sektor ini sepatutnya dianggap kerjaya yang selamat dengan adanya latihan keselamatan dan latihan dalam tred kerja masing-masing (CIDB, 2005).
Industri pembinaan masih mengamalkan proses kerja yang berintensifkan buruh (labour intensive) berdasarkan tred-tred kerja basah (wet trades). Ini adalah faktor penyumbang utama kepada kualiti kerja yang rendah kerana tenaga kerja yang melaksanakan kerja ini tidak berkemahiran dan terlatih. Bagi mengurangkan pergantungan kepada tenaga pekerja yang ramai lantas meningkatkan jaminan kualiti ke atas projek-projek pembinaan, industri pembinaan perlu mengubah pelaksanaan kerja menggunakan lebih banyak kerja berorientasikan teknologi sistem binaan berindustri (Industrialised Building System - IBS). Dengan beralih kepada proses kerja yang lebih berintensifkan modal, produktiviti dan kualiti dapat ditingkatkan dengan menggunapakai sesetengah teknologi maju dari negara maju. Penggunaan teknik atau proses kerja yang lebih inovatif dan cekap dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti (CIDB, 2004).




5. PROGRAM LATIHAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

5.1 Latihan
Darkenwald dan Merriam (1982) memberikan pengertian latihan sebagai “...aktiviti yang direkabentuk untuk meningkatkan prestasi kerja pekerja semasa bekerja atau apa yang akan dilakukan oleh pekerja”. Manakala Noe (1986) mendefinisikan latihan sebagai satu reka bentuk perancangan pengalaman pembelajaran untuk membawa perubahan yang kekal terhadap pengetahuan, sikap dan kemahiran individu.
Menurut Roberts (1980) latihan ditakrifkan sebagai aktiviti atau segala usaha terancang atau yang diprogramkan bagi kaedah pembelajaran dalam tingkah laku kerja tertentu. Menurut Kamus Dewan (2000), latihan merupakan pelajaran atau pendidikan untuk memahirkan atau membiasakan mengenai ajaran atau pelajaran yang diterima dan mencukupi untuk seseorang menjalankan kerjanya.
Banyak aktiviti dan program keselamatan seperti program kad hijau dan sebagainya yang bertujuan memberikan pendedahan dan latihan mengenai amalan keselamatan. Namun program tersebut hanya sekadar permulaan dan tiada tindakan dan program susulan mengenai latihan keselamatan yang dilakukan secara berkala. Tiada program latihan keselamatan yang berterusan yang dirangka kepada semua golongan personel binaan di tapak bina. Program pembelajaran berterusan dalam latihan keselamatan seharusnya dirangka bagi memberikan input tambahan dan dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan, mengurangkan kemalangan selain memberikan persekitaran kerja industri binaan sebagai sektor pekerjaan yang selamat sebagaimana dalam industri petrokimia.
Menurut International Labour Office, manual keselamatan dikeluarkan bagi memberikan panduan praktik keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tapak bina dan bagi memberikan pengetahuan penyelesaian kepada masalah keselamatan yang berlaku. Ini bagi memberikan gambaran bahawa industri pekerjaan di tapak bina adalah selamat dan praktik keselamatan tersebut berupaya mengelakkan kemalangan kepada nyawa pekerja, kesihatan dan juga sumber tenaga kerja terlatih yang berada di tapak projek. Salah satu tujuan polisi keselamatan dan kesihatan pekerja yang perlu ada dalam organisasi dan pengurusan keselamatan ialah keperluan latihan keselamatan di semua peringkat pekerja binaan. Keperluan latihan sangat diperlukan terutamanya bagi pekerja dalam tred yang dikategorikan berisiko seperti pekerja peranca dan operator kren yang mana sebarang kesilapan oleh mereka akan memberikan kesan kepada pekerja-pekerja yang lainnya di tapak projek (ILO, 1995).
Robert dan Rubio (1991), menyatakan bahawa latihan merupakan antara elemen asas yang menjadikan program keselamatan menjadi lebih efektif dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Juga menambah bahawa latihan keselamatan dan orientasi merupakan elemen penting kepada program keselamatan yang efektif. Penyelia dan pekerja perlu memahami polisi keselamatan firma dan prosidur berkaitan bahaya dalam persekitaran pekerjaan mereka. Pekerja perlu disediakan dengan program latihan orientasi keselamatan apabila pertama kali memasuki tapak bina yang merangkumi polisi firma dan keselamatan projek, peraturan keselamatan, orientasi tapak bina, peralatan pencegahan keselamatan dan keperluan latihan menurut OSHA.
Antara program keselamatan yang boleh dilaksanakan di tapak bina (Levitt dan Raymond, 1987) adalah Latihan Keselamatan Dan Kursus Induksi. Dalam program tersebut, pekerja-pekerja perlu diberi latihan keselamatan yang berkaitan dengan bidangnya untuk memberi pendekatan yang lebih berhubung dengan keselamatan ketika melaksanakan kerja. Kursus induksi juga boleh dilakukan dengan mengawal pekerja-pekerja yang baru supaya mengamalkan kaedah kerja yang betul dan selamat. Kursus atau latihan seperti yang dinyatakan oleh Levitt dan Raymond ini boleh dilaksanakan di tapak bina atau menghadiri kursus seperti yang dianjurkan oleh National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH).
Selain itu, latihan praktikal juga dilaksanakan di tempat kerja untuk melihat tahap keberkesanan pelaksanaan dan kefahaman peserta. Bermula pada tahun 1999, CIDB telah mewajibkan peserta menghadiri latihan pekerja dan mendapat kad hijau sebagai bukti mereka telah berjaya menghadiri latihan tersebut. Oleh itu, kos latihan ini mesti diperuntukan oleh semua kontraktor yang terlibat apabila ia dikuatkuasakan.
Menurut Koehn dan Kothari (1994) dan Amrien (1992), dalam usaha menekankan amalan keselamatan semasa pembinaan, adalah disarankan organisasi mengambilkira beberapa perkara iaitu, mempunyai pengetahuan berkaitan perundangan terlibat, menentukan polisi dan prosidur dan memastikan diikuti oleh semua pihak, melaksanakan latihan keselamatan berjadual kepada pekerja, pengurus dan profesional pereka bentuk, membangunkan polisi bertulis berkaitan program keselamatan dan melaksanakan sistem penalti, dan melaksanakan mesyuarat keselamatan selain menyediakan pasca rekod data keselamatan bahan binaan. Keselamatan tidak akan dicapai melalui penguatkuasaan perundangan semata-mata walaupun ia merupakan tanggungjawab kontraktor. Majikan atau klien perlu terlibat sama kerana keselamatan pekerjaan merupakan usaha kumpulan dan ianya boleh dicapai melalui pelaksanaan latihan dan pendidikan.


5.2 Kepentingan Latihan Keselamatan dalam Industri Binaan
Latihan keselamatan mempunyai kepentingan kepada firma dan masyarakat seperti yang dinyatakan oleh Robert dan Rubio (1991). Latihan keselamatan berupaya menyelamatkan nyawa, mengelakkan kemalangan, kecederaan dan kesakitan. Melalui kebanyakan latihan dan praktis dalam pekerjaan, kita akan berupaya melaksanakan tugasan dengan sempurna berbanding dengan sebelumnya. Menurut Davies dan Tomasin, (1996), adalah menjadi kewajipan majikan membekalkan arahan dan latihan secukupnya bagi kepentingan memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin selain bagi mematuhi peruntukan perundangan keselamatan di tempat kerja (Health and Safety at Work Act, 1974). Dan antara persoalan yang akan ditanya selepas berlakunya kejadian kemalangan adalah , “adakah latihan secukupnya telah diberikan kepada semua pekerja?”. Ini menunjukkan betapa pentingnya membekalkan secukupnya latihan keselamatan bagi memastikan tanggungjawab majikan telah dilaksanakan iaitu membekalkan latihan kepada semua lapisan pekerja termasuk kakitangan pengurusan. Tambahan lagi keselamatan sepatutnya merupakan sebahagian daripada semua latihan dalam operasi industri binaan.
Kepentingan latihan keselamatan dan kesihatan dilihat dari aspek membekalkan pekerja semua lapisan ketukangan atau kepakaran profesional kepada kemahiran asas dan kepakaran yang diperlukan untuk melaksanakan pekerjaan atau menambahkan pengkhususan kepakaran. Latihan tidak perlu dilihat sebagai khusus latihan seperti di kolej malah latihan yang khusus di tapak bina yang membekalkan pengetahuan berkaitan risiko pekerjaan di lapangan (King dan Hudson, 1985).


6. KESIMPULAN

Sejak isu mengenai keselamatan meningkat dalam industri pembinaan, banyak kajian berkaitan keselamatan telah dijalankan bagi kerja-kerja bangunan. Kejadian kemalangan seperti yang sering berlaku di sektor pembinaan telah mengakibatkan kehilangan begitu ramai tenaga kerja dan kerugian harta benda berjuta-juta ringgit pada setiap tahun di negara ini. Kejadian kemalangan di dalam industri pembinaan sering dikaitkan dengan kecuaian dalam pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan, pengabaian program program kesedaran dan latihan, tiadanya displin, kurangnya komunikasi serta lain-lain lagi gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes kemalangan yang semakin meningkat hari ini.
Bagi menjamin keselamatan industri binaan yang berterusan, majikan dalam industri pembinaan adalah perlu menyediakan pelbagai peringkat latihan tentang keselamatan dan kesihatan kepada setiap pekerja dan pegawai pengurusannya. Oleh yang demikian, majikan atau kontraktor boleh dikatakan merupakan golongan yang utama dalam menentukan keselamatan dan kesihatan kepada pekerjanya. Program latihan keselamatan seharusnya mempunyai program berterusan sebagaimana kredit yang perlu diperolehi oleh pihak profesional dalam program pembelajaran berterusan sebelum diterima untuk pembaharuan pendaftaran profesional. Program pembelajaran berterusan dalam latihan keselamatan seharusnya dirangka bagi memberikan input tambahan dan dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan, mengurangkan kemalangan selain memberikan persekitaran kerja industri binaan sebagai sektor pekerjaan yang selamat sebagaimana dalam industri petrokimia.
7. RUJUKAN

Berita Harian (1992). Sektor Pembinaan dan Pembuatan Penting. dlm. Berita Harian, 13 Ogos 1992. Kuala Lumpur: Berita Harian Sdn. Bhd.
Bold. J (1996). Role of State Labour Inspectors in The Prevention of Occupational Accident, Journal of Asian-Pacific Newsletter on Occupational Health and Safety, Vol. 3 (2), July 1996, pp 36-37.
Brazier, A.J (1994) A Summary of Incident Reporting in the Process Industry, Journal of Prevention Process Industry, Vol. 7 (3), pp243-247.
Construction Industry Development Board Malaysia (2004) Tinjauan Industri Pembinaan 2001-2002, Kuala Lumpur: CIDB, pp.49-67
Construction Industry Development Board Malaysia (2005). RoadMap Sistem Binaan Berindustri (IBS) 2003-2010, dalam IBS Digest, January-Mac 2005, Kuala Lumpur: CIDB, pp. 4-5
Covan, J (1995) Safety Engineering, New York: A Wiley Interscience Publication, pp. 93
Darkenwald, G. G dan S. B. Merriam (1982) Adult Education: Foundations and Practice. New York: Harper and Row Publication, pp 65
Davies, V.J. dan Tomasin, K. (1996) Construction Safety Handbook, 2nd. Edition. Great Britain: Thomas Telford Publishing, pp 3, 141, 204.
Diaa Hadid (2006) Construction Deaths and Accidents Leap, Dubai, in Gulfnews bertarikh 17 Januari 2006 [Online] http:// www.gulfnews.com. Dicapai pada 4 Februari 2006.
Everett, J.G. (1996). Cost of Accident and Injuries to The Construction Industry, Journal of Construction Engineering and Management, pp 158-164.
Grossman, S.I. (1996). Occupational Safety and Health Administration US Department of Labour, Journals of OSHA Technical Data Centre, dlm. SIA Newsletter 96-97: July 1996.
International Labour Organization (ILO) (1995). Safety, Health and Welfare on Construction Site – A Training Manual, Geneva: International Labour Office.
King, R.W. dan Hudson, R. (1985) Construction Hazard and Safety Handbook, UK: Butterworth & Co Publishers Ltd, pp.431
Kweku K. Bentil (1990) Construction Site Safety: A Matter of Life and Costs, Journal of Cost Engineering, Vol 32, No. 3, March 1990
Koehn, E. dan Kothari, R.K (1994). Constructon Safety in Developed and Developing Regions, Proceeding of Eureka Conference-June 1994, Lillehammer: Norwegian Building Research Institute, pp. 475-476
Laney, J.C. (1982a) Site Safety, New York: Longman Inc.
Laney, J.C. (1982) Site Practices Series-Site Safety, United Kingdom: Construction Press.
Levitt dan Samelson (1987) Construction Safety Management, New York: Mc GrawHill Book Company.
Ludin Embong (1995) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Buletin Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Bil 1/95, Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Bhd.
Noe, R.A (1986) Trainees Attributes and Attitudes: Neglected Influences on Training Effectiveness. Journal of Academy of Management Review. 11(4), pp 736-749.
Peterson, D.(1978) Techniques of Safety Management, New York: McGraw Hill Book Company
Roberts, J.M. (1980) Construction Management: An Effective Approach, Va: Reston
Peyton, R.X. dan Rubio, R.C. (1991) Construction Safety Practices and Principles, New York: Van Nostrand Reinhold, pp. 20-22, 95-96, 162-163
Ridley, J. (1994) Safety at Work, Oxford: Butterworth - Heinmann
Shahrul Nizar Shaari, (2003) Dirty, Difficult and Dangerous? Simply It... Use IBS!, dalam CIDB News, Bil. 1, 2003, Kuala Lumpur: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, pp 8-11.

Sunday, 24 September 2017

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 AKTA 514 (NIOSH,OSHA )

PENGENALAN
Proses kerja semakin kompleks dan perubahan keadaan kerja, bersama-sama dengan yang dihasilkan baru atau menukar jenis bahaya, ada keperluan untuk pendekatan baru dan sistematik untuk menguruskan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. 

Tujuan keseluruhan dari program ini adalah untuk menghasilkan seorang individu dengan kompetensi di disiplin inti dari keselamatan dan kesihatan. Secara khusus, program ini bertujuan untuk memberikan kemahiran yang diperlukan individu untuk menguruskan keselamatan dan kesihatan. Menguruskan Keselamatan dan Kesihatan Kerja akan memberikan keadaan kerja yang selamat serta meningkatkan produktiviti, keberkesanan operasi dan moral yang baik.
NIOSH ditubuhkan pada tarikh 24 Jun 1992 sebagai Perseroan Terbatas dengan jaminan, di bawah undang-undang Syarikat Malaysia, 1965. Sebagai sebuah syarikat, NIOSH diharapkan dapat beroperasi secara cekap dan dengan birokrasi pentadbiran minimum. NIOSH Lembaga Pengarah terdiri daripada 15 ahli Dewan, sepuluh yang dilantik oleh Kerajaan sementara sisanya dipilih oleh ahli NIOSH dalam Sidang Umum Tahunan (RUPST).

Memahami landasan teori dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk secara efektif mengelola isu-isu keselamatan dan kesihatan dalam organisasi.Memperoleh pemahaman yang mendalam dan kompetensi dalam amalan-amalan keselamatan dan kesihatan.Mendemonstrasikan pengetahuan asas perundangan berkaitan berkenaan dengan peraturan keselamatan dan kesihatan.
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994
AKTA 514

Suatu Akta untuk membuat peruntukan lanjut bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan
kebajikan orang-orang yang sedang bekerja, bagi melindungi orang lain terhadap risiko
kepada keselamatan atau kesihatan berkaitan dengan aktiviti orang-orang yang sedang
bekerja, untuk menubuhkan Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, dan
bagi perkara yang berkaitan dengannya.

Tujuan Akta

Tujuan Akta ini adalah  :
Ø  Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja;
Ø  Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja;
Ø  Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang sedang bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka;
Ø  Untuk mengadakan cara yang menurutnya perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan boleh digantikan secara berperingkat-peringkat oleh system peraturan dan tataamalan industri yang diluluskan, yang berjalan secara bergabung dengan peruntukan Akta ini yang dimaksudkan untuk mengekalkan atau memperbaiki standard keselamatan dan kesihatan.

NIOSH
Latar Belakang NIOSH

1 Disember 1992 menandakan sebuah era baru dalam promosi Keselamatan dan Kesihatan di Malaysia. Pada hari ini, Institut Nasional Keselamatan dan Kesihatan Kerja (NIOSH) dilancarkan, selepas persiapan yang cermat dan komitmen dari semua pihak untuk meningkatkan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja di Malaysia. Dalam kata-kata Menteri Sumber Manusia, Malaysia, NIOSH akan menjadi kritis mangkin "" dalam mempromosikan keselamatan dan kesihatan yang juga akan menjadi tulang belakang "" untuk membuat "menetapkan diri sendiri budaya keselamatan dan kesihatan" di Malaysia.
NIOSH ditubuhkan pada tarikh 24 Jun 1992 sebagai Perseroan Terbatas dengan jaminan, di bawah undang-undang Syarikat Malaysia, 1965. Sebagai sebuah syarikat, NIOSH diharapkan dapat beroperasi secara cekap dan dengan birokrasi pentadbiran minimum. NIOSH Lembaga Pengarah terdiri daripada 15 ahli Dewan, sepuluh yang dilantik oleh Kerajaan sementara sisanya dipilih oleh ahli NIOSH dalam Sidang Umum Tahunan (RUPST). Hal ini membuat NIOSH berbeza dari lembaga serupa di negara-negara lain. NIOSH ditubuhkan dengan RM1 juta Pelancaran Grant dari Kerajaan dan lebih RM50 juta Endowment Fund (RM40 juta daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) dari Malaysia dan lebih RM 10 juta dari Kerajaan Malaysia), yang akan dilaburkan, dan kembalinya pelaburan akan digunakan untuk membiayai sebahagian operasi NIOSH.
 
Tujuan
Pada berhasil menyelesaikan program ini, pelajar akan dapat
  • Memahami landasan teori dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk secara efektif mengelola isu-isu keselamatan dan kesihatan dalam organisasi.
  • Memperoleh pemahaman yang mendalam dan kompetensi dalam amalan-amalan keselamatan dan kesihatan.
  • Mendemonstrasikan pengetahuan asas perundangan berkaitan berkenaan dengan peraturan keselamatan dan kesihatan.
  • Menunjukkan peranan dan fungsi keselamatan dan profesional kesihatan dan nilai pendekatan pasukan untuk keselamatan dan amalan kesihatan;
  • Mengembangkan diperlukan saintifik, kemahiran teknikal yang berkaitan dengan analisis, penilaian dan tafsiran data.
Menunjukkan pendekatan komunikasi yang berkesan dan kemahiran dalam bidang keselamatan dan kesihatan

NIOSH Undian Syarikat :
  1. Profesional & Integriti Peribadi
  2. Kejujuran
  3. Komitmen
  4. Transparansi
  5. Keahlian teknikal
  6. Pembangunan Sumber Manusia
  7. Kerja sama
  8. Kepemimpinan
  9. Komunikasi
Latihan
Latihan merupakan bahagian integral dari Keselamatan & Kesihatan (Keselamatan dan Kesihatan Kerja). Untuk memastikan kejayaan dari setiap program Keselamatan dan Kesihatan Kerja di tempat kerja, dan berkesan latihan yang mencukupi perlu dilaksanakan bagi seluruh mereka yang bertanggung jawab untuk Keselamatan dan Kesihatan Kerja. Latihan membolehkan pengurus, penyelia dan pekerja untuk memahami cara kerja sistem pengurusan keselamatan dan pematuhan undang-undang yang diperlukan. Mereka kemudian akan memahami tanggung jawab mereka sendiri dan tindakan yang perlu dilakukan untuk meningkatkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja masing-masing.
  
Perkhidmatan Maklumat
Penyebaran maklumat merupakan salah satu fungsi dalam NIOSH yang telah menjadi diperlukan oleh industri Malaysia. Secara tidak langsung ini menunjukkan peningkatan tahap kesedaran dalam Keselamatan dan Kesihatan Kerja di antara pengusaha, pekerja dan institusi pendidikan tinggi. Pembangunan infrastruktur dan perisian teknologi maklumat tersebut antara unsur-unsur utama dari menyebarkan maklumat kepada industri serta masyarakat secara keseluruhan.
NIOSH juga mengatur dan menyertai dalam pelbagai pameran, seminar dan persidangan yang diadakan kebangsaan serta memberikan nasihat dan menyokong industri dalam keselamatan mereka dan aktiviti kempen kesihatan. Sebagai maklumat penting dalam mewujudkan tujuan dari persekitaran kerja yang sihat dan selamat, NIOSH aktif melakukan kegiatan Diseminasi Maklumat untuk menjangkau awam dengan harapan untuk menanamkan budaya kerja yang sihat dan selamat.
Penyelidikan dan Pembangunan
NIOSH sebagai pemimpin untuk Keselamatan dan Kesihatan (Keselamatan dan Kesihatan Kerja) di Malaysia adalah memimpin untuk memperkenalkan R & D geran. Untuk tujuan ini, NIOSH telah menyisihkan anggaran sebanyak 10% daripada pulangan pelaburan dana abadi, untuk geran dimaksudkan.
Beberapa prinsip dalam memperuntukkan dana untuk R & D projek:
  • Untuk menyokong projek-projek penyelidikan yang digunakan
  • Untuk menyokong projek-projek dengan nilai Keselamatan dan Kesihatan Kerja yang tinggi
  • Untuk menyokong projek-projek dengan keutamaan kebangsaan yang tinggi
  • Untuk menyokong projek-projek yang memanfaatkan infrastruktur yang sedia dan instrumen saintifik di NIOSH
Dengan geran ini, pihaknya berharap untuk menghasilkan penyelidikan yang lebih dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Kerja dan akan meningkatkan tahap Keselamatan dan Kesihatan Kerja di Malaysia.
OSHA
OSHA terdiri daripada pelbagai pasukan keselamatan dan high profesional yang keahliannya difokuskan pada apa yang syarikat melakukan yang terbaik:
Melaksanakan khusus halaman penyelesaian
yang cekap, kos-efektif, dan sesuai jadual
Dengan keahlian teknikal yang pelbagai dan kompleks sebagai tapak dan kemudahan pelanggan, OSHA yang strategik diposisikan untuk membantu masyarakat menguruskan ditetapkan pelbagai masalah teknikal dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan masa lalu, dan masa depan operasi ini.
OSHA dibezakan oleh liputan dan berbagai disiplin profesional mempunyai; keahlian teknikal lanjutan kakitangan OSHA dan sumbangan profesional yang OSHA telah dibuat untuk industri serta masyarakat tempatan melalui penyertaan dalam beberapa projek dan peristiwa yang telah membantu meningkatkan kesedaran awam yang berkaitan dengan keselamatan, dan masalah high `
http://www.osha.com.my/images/about2.gifOSHA telah membentuk bernilai jangka panjang hubungan dengan pelanggan-pelanggan kami, menyediakan pendekatan yang disesuaikan dengan kemalangan kerja dan pencegahan penyakit. Kami bekerja sama dan discretely dengan pelanggan untuk mengenalpasti bahaya dan memberikan perspektif terhadap risiko.

LATIHAN
 Tanggung jawab untuk persekitaran kerja yang selamat dan sihat tidak hanya terletak di tangan pihak pengurusan syarikat. Semua pekerja sama-sama bertanggung jawab untuk memastikan tempat kerja adalah selamat dan bahawa setiap bawahan yang ditugaskan menerima latihan yang cukup dalam untuk ditugaskan melaksanakan tugas mereka.
 Setiap pekerja harus diberitahukan untuk peringatan dan pengajaran asas keselamatan dan bahaya apapun yang berkaitan dengan tugas-tugas tertentu atau kegiatan. Bergantung pada tanggung jawab pekerjaan setiap pekerja, latihan ini boleh berkisar dari beberapa jam sehingga beberapa minggu per tahun. Fokus utama dari program latihan adalah untuk melindungi pekerja daripada bahaya yang berkaitan dengan persekitaran kerja mereka. Apapun kaedah, latihan berpotensi akan mengakibatkan penurunan kemalangan kerja dan akhirnya penurunan kos operasi.
OSHA juga melakukan latihan pekerja dalam format penyertaan yang tinggi dan berunding dalam mod penghantaran dan berkesan format. Berikut ini adalah senarai latihan siri:
  1. Keselamatan dan Kesihatan Kerja-MS Sistem Latihan
  2. Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Kerja
  3. Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Kerja
  4. Keselamatan dan Kesihatan Kerja Perundangan
  5. Keselamatan dan Kesihatan Kerja Aman Sistem Kerja
  6. Perniagaan Pengurusan Krisis
Tujuan
Terdapat beberapa tujuan penubuhannya, antaranya ialah :
  • Keselamatan dan Kesihatan Pentadbiran , agen persekutuan Amerika Syarikat yang menetapkan keselamatan dan kesihatan kerja
  • Keselamatan dan undang-undang Kesihatan tahun 1970, undang-undang persekutuan di Amerika Syarikat, tindakan yang mencipta Keselamatan dan Kesihatan Pentadbiran disebutkan di atas
  • Keselamatan dan Kesihatan Act 1994 , sebuah undang-undang kebangsaan Malaysia
  • Eropah Badan Keselamatan dan Kesihatan Kerja , sebuah lembaga Kesatuan Eropah
RUJUKAN

  1. OSHA – ‘Keselamatan & Kesihatan Academy’.
  2. NIOSH-‘ National Institute Of Occupational Safety & Health’.
  3. "http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesihatan_dan_keselamatan_pekerjaan
  4. Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
  5. Kamal Halili Hassan, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994: Labour and
  6. Employment, Medicine Malaysia, CLJ (Dec), 1994.
  7. 11. Kamal Halili Hassan, Undang-undang Keselamatan Industri di Malaysia, Dewan Bahasa
  8. dan Pustaka, 2001.
  9. 12. Kamal Halili Hassan, Undang-undang Keselamatan Industri: Piawaian ILO dan Malaysia,
  10. MLJA 84, 2002.
  11. 13. Laporan Tahunan PERKESO 1997.
  12. Buku Rujukan:-
    1. Elemen Pembelajaran.
     - Pengarang:.ibu Pejabat MARA, K.L