Sunday 24 September 2017

JANGAN SERIUS SANGAT

TIDAK PERNAH BAGI SUMBANGAN
Di sebuah kampong, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk kampungnya yg bernama Meor tidak pernah membayar tuntutan bulanan kampong. Meor memang terkenal dan merupakan salah seorang yg terkaya di situ. Penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa denganya.

Tok Penghulu    :              Selamat pagi Encik Meor.
En Meor            :              Selamat pagi, ada apa pagi-pagi dating ke mari ni Tok?
Tok Penghulu    :              Begini, saya telah mendapati bahawa hanya Encik Meor seorang sahaja yg  tidak          pernah menyumbang untuk kampong kita. En Meor ni kan seorang yg kaya dan Berjaya, saya rasa tiada masalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil bagi kemajuan kampong ni.
En Meor               :               Adakah tok tahu yang ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya?
Tok Penghulu    :               Waduh,kalau begitu saya tak tahu lah pulak.
En Meor            :              Saudara saya seorang veteran perang yg kudung serta buta dan memerlukan b                                 iaya perubatan?
Tok Penghulu    :               Kalau begitu saya mintak maaf. (sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, Meor memotong dan menambah)
En Meor            :              Tok tahu tak suami kakak saya sudah meniggal dan dia meninggalkan isteri dan 3 orang anaknya tanpa harta dan warisan?
Tok Penghulu    :              (sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf).
En Meor            :              Jadi, pendek kata mereka pun tak pernah saya bagi sumbangan. Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok.
Tok Penghulu    :              ##@!!%&?? 


KOMPUTER
Edwin baru saja beli computer.
Edwin   :               saya tak tahu tentang komputerlah Encik.
Penjual :              Awak jangan risau, kalau ada apa-apa masalah, tekan butang ‘HELP’ sahaja.
Edwin   :              Sesudah itu? Oklah kalau macam tu.
Esoknya, Edwin dating dengan marah-marah.
Edwin   :               Awak ni penipu, semalam saya tekan butang HELP’, kenapa awak tak datang?
Penjual :              ?!!


7 CARA CONTROL HENSEM…!!!!
Kalau termanpak batu >> jangan terus bangun,sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai. lepas tu baru bangun bila tiada orang nampak…
Kalau terjatuh basikal >> cepat2 naik basikal anda semula dan jatuhlah lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saja-saja buat lawak….
Kalau terjatuh tangga >> terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus…
Kalau terjatuh dalam longkang >> pungutlah sampah yg ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang sangat prihatin terhadap kebersihan…
Kalau jatuh ketika nak naik bas >> jeritlah kuat-kuat, “Oo!! Apa tolak-tolak ni?” walaupun tiada orang di belakang anda.
Kalau terjatuh di hadapan bus stop >> terus buat-buat pengsan sehingga ada orang yang membantu anda. Kalau tiada, baring terus sampai malam dan bila tiada orang lagi kat bus stop, itulah masa sesuai untuk bangun semula..
Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin >> tariklah kawan (atau sesiapa yg ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda seorang sahaja yg dapat malu….Betul tak?


HON PUNYA HAL
Seorang ibu bersiar-siar dengan anaknya yang berumur 4 tahun dengan kereta.
Anak : Ibu, kenapa ibu bunyikan hon tadi?
Ibu     : Oh, itu saudara kita…
Kemudian ibunya membunyikan hon apabila seekor lembu melintas jalan.
Anak : itu pun saudara kita ke?
Ibu     : ??

No comments:

Post a Comment