ISU-ISU SEMASA
1.
PENGENALAN
2.
OBJEKTIF
3.
KEMALANGAN
DI TAPAK PEMBINAAN
3.1 isu
kemalangan dalam industri binaan
3.2 amalan
keselamatan di tapak binaan
3.3 kemalangan
3.4 masalah
kemalangan dalam industri binaan
3.5 langkah-langkah
mencegah kemalangan
4.
SUMBER
MANUSIA DAN KEPAKARAN TENAGA BURUH
4.1 Kepentiangan
sumber manusia dalam industri pembinaan
4.2 Isu
buruh asing terhadap keselamatan dan kesihatan di tapak binaan
4.3 Isu
kepakaran tenaga buruh industri binaan
5.
PROGRAM
LATIHAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN
5.1 Latihan
5.2 Kepentingan
latihan dalam industry binaan
6.
KESIMPULAN
7.
RUJUKAN
ISU-ISU
SEMASA PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN
MALAYSIA
ABSTRAK:
Kertas kerja ini membincangkan isu-isu semasa berkaitan keselamatan dan
kesihatan di tapak pembinaan, sumber manusia, kepakaran tenaga buruh dan
program latihan dalam keselamatan dan kesihatan dalam industri pembinaan.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa salah satu kesan sampingan daripada
kepesatan perkembangan ekonomi negara beberapa tahun kebelakangan ini ialah
risiko-risiko yang dihadapi oleh tenaga kerja, khususnya dalam industri
pembinaan yang semakin kompleks seperti isu-isu kualiti yang rendah, tahap
produktiviti yang rendah, imej, kekurangan tenaga kerja mahir dan tahap
kemalangan yang tinggi. Latihan keselamatan mempunyai kepentingan kepada firma
dan masyarakat dan berupaya menyelamatkan nyawa, mengelakkan kemalangan,
kecederaan dan kesakitan. Ini menunjukkan betapa pentingnya membekalkan
secukupnya latihan keselamatan bagi memastikan tanggungjawab majikan telah
dilaksanakan iaitu membekalkan latihan kepada semua lapisan pekerja binaan
termasuk kakitangan pengurusan.
Kata kunci: Industri Pembinaan, Kemalangan,
Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Latihan
1.
PENGENALAN
Salah satu langkah
untuk membantu negara di dalam usaha membangunkan imej industri pembinaan
adalah dengan menyediakan persekitaran kerja yang selamat. Kejadian kemalangan
seperti yang sering berlaku di sektor pembinaan telah mengakibatkan kehilangan
begitu ramai tenaga kerja dan kerugian harta benda berjuta-juta ringgit pada
setiap tahun di negara ini. Sekiranya situasi ini tidak dibendung, sudah tentu
sedikit sebanyak ianya akan menjejaskan perkembangan ekonomi negara serta
hasrat untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
Kejadian
kemalangan di dalam industri binaan sering dikaitkan dengan kecuaian dalam
pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan, pengabaian program program
kesedaran dan latihan, tiadanya displin, kurangnya komunikasi serta lain-lain lagi
gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes kemalangan
yang semakin meningkat hari ini. Dengan mengambil kira situasi ekonomi dalam
industri binaan, isu-isu dan masalah-masalah berikut telah dikenal pasti
sebagai isu yang dianggap penting dalam industri binaan dan harus dilihat
dengan lebih serius untuk mencari penyelesaian; iaitu kualiti yang rendah,
tahap produktiviti yang rendah, imej, tahap etika yang rendah, kekurangan
tenaga kerja mahir dan tahap kemalangan yang tinggi.
2.
OBJEKTIF
Objektif kertas
kerja ini adalah bagi membincangkan perkara-perkara berikut:
i. Kemalangan di
tapak pembinaan
ii. Sumber
manusia dan kepakaran tenaga buruh
ii. Program
latihan keselamatan dan kesihatan dalam industri pembinaan
3. KEMALANGAN
DI TAPAK PEMBINAAN
3.1 Isu Kemalangan Dalam Industri Binaan
Kualiti
dan keselamatan merupakan dua isu penting di dalam industri pembinaan masa
kini. ISO 9000 telah dengan kadar yang aktif dipromosikan dalam industri
pembinaan bagi memastikan kualiti pembinaan yang disiapkan oleh kontraktor.
Selain faktor kualiti, keperluan menyediakan persekitaran kerja yang selamat
tidak boleh dipinggirkan dalam situasi industri pembinaan yang sememangnya
berisiko tinggi. Semakin banyak projek yang kompleks, keselamatan semakin
menjadi isu penting bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda terjamin.
Banyak negara maju seperti UK dan Australia mewartakan peraturan pengesahan
amalan keselamatan dalam praktik pekerjaan kontraktor di tapak pembinaan. Revolusi
dan perubahan dalam pengurusan sistem keselamatan telah menjadikan ianya suatu
mandat dalam mempraktikkan amalan keselamatan dapat diuruskan secara berkesan
(Low, et al., 2000). Industri pembinaan masih mengamalkan proses kerja yang
berintensifkan buruh (labour intensive) berdasarkan tred-tred kerja basah (wet
trades). Ini adalah faktor penyumbang utama kepada kualiti kerja yang rendah
kerana tenaga kerja yang melaksanakan kerja ini tidak berkemahiran dan
terlatih.
Kejadian
kemalangan di dalam industri binaan sering dikaitkan dengan kecuaian dalam
pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan, pengabaian program program
kesedaran dan latihan, tiadanya displin, kurangnya komunikasi serta lain-lain
lagi gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes
kemalangan yang semakin meningkat hari ini (Bold, 1996).
3.2
Amalan Keselamatan Di Tapak Binaan
Pelaksanaan
amalan keselamatan di tapak bina perlu dipraktikkan oleh semua pihak yang
terlibat dalam industri binaan bertujuan untuk mengelakkan kemalangan dari
berlaku di tapak bina. Kerajaan telah menggubal akta bagi memastikan amalan
keselamatan menjadi keutamaan di tapak bina, seperti Akta Kilang dan Jentera
1967. Kemudiannya, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah digubal pada
1984 bagi meningkatkan keberkesanan dan mempertingkatkan amalan keselamatan di
dalam industri binaan (A. Abdeli, 1994). Dalam pengurusan keselamatan tapak
bina, pelbagai kos diperuntukkan bagi menjamin tahap keselamatan yang mencukupi
dan bagi menjamin pelaksanaan kerja di tapak bina tidak diganggu akibat
kejadian kemalangan (Mac Collum, 1993).
Keselamatan
ialah keadaan yang bebas daripada risiko yang berbahaya. Ini adalah berkaitan
dengan bahaya yang boleh mendatangkan kecederaan fizikal dan risiko terhadap
kesihatan dalam jangkamasa tertentu (Davies dan Tomasin, 1996). Dalam industri
pembinaan, kebanyakan kes kecederaan berlaku di tempat kerja adalah disebabkan
oleh pekerja tidak diberi latihan keselamatan yang mencukupi atau langsung
tiada diberi latihan (Grossman, 1996). Sejak isu mengenai keselamatan meningkat
dalam industri binaan, banyak kajian berkaitan keselamatan telah dijalankan
bagi kerja-kerja bangunan. Sehubungan dengan itu, kajian lebih mendalam perlu
dilakukan bagi mengenalpasti kos pengurusan dan perancangan bagi kerja
kejuruteraan awam agar dapat dijadikan panduan perancangan projek dan anggaran
projek akan diketahui.
3.3 Kemalangan
Kemalangan
menurut Laney (1982a) merupakan keadaan atau situasi yang berlaku tanpa kawalan
yang mengakibatkan kecederaan dan kerosakan. Dalam industri binaan kemalangan
mengakibatkan kecederaan, kematian, kerosakan jentera, bahan binaan dan
sebagainya yang berkaitan dengan industri ini. Ridley (1983) menyatakan
definisi terawal yang telah dikemukakan oleh Lord Mac Naughton di dalam kes
Fenton v. Thorley & Co. Ltd (1903) AC 443 yang berpendapat bahawa suatu
perkara yang menghalang atau ditonjolkan ketika tidak diingini ke atas sesuatu
pekerjaan normal dan di dalam erti kata harian, ia merupakan kemalangan yang tidak
dapat dijangka atau disedari oleh mangsa. Definisi yang didapati daripada 40
penyelidikan yang dibuat oleh Ridley (1983) dari aspek umum, undang-undang,
perubatan, saintifik dan literatur keselamatan telah mengemukakan definisi
kemalangan yang tepat.
Peyton
dan Rubio (1991), menyatakan kebanyakan pakar mendefinisikan kemalangan sebagai
kejadian yang tidak dapat diramal menyebabkan kecederaan fizikal kepada manusia
dan kerosakan harta benda. Ia juga boleh dikatakan sebagai ‘suatu kejadian yang
boleh dan telah menyebabkan penurunan kecekapan firma dan operasi perniagaan’.
Maksud risiko dan bahaya merujuk kepada kemalangan yang boleh mengganggu
kesihatan dan mewujudkan suasana kerja yang tidak sihat (Davies dan Tomasin,
1990). Brazier (1994) dan Covan (1995) bersetuju bahawa kemalangan merupakan
suatu keadaan yang tidak diingini yang menyebabkan kecedaraan atau kerosakan.
Jadual 1 menunjukkan jumlah kemalangan industri di Malaysia yang dilaporkan
mengikut sektor dan antara 2000-2004
3.4. Masalah Kemalangan Dalam Industri Binaan
Kepesatan
pembangunan ekonomi yang sedang pesat ini sememangnya telah memberikan banyak
manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Namun demikian, kita juga akui bahawa
bersamanya kesan-kesan sampingan yang perlu diatasi. Salah satu daripadanya
ialah peningkatan bahaya atau risiko di tempat kerja akibat daripada penggunaan
bahan, peralatan dan proses kerja yang canggih dan berbagai-bagai pada masa
ini. Semestinya risiko-risiko tersebut dikawal dengan berkesan bagi memastikan
produktiviti dan kualiti kerja dalam industri binaan sentiasa dapat dikekalkan
pada tahap yang tinggi (Ludin Embong, 1995). Kemalangan yang tinggi dalam
sektor binaan boleh menyebabkan negara kehilangan tenaga kerja dan kerugian
harta benda yang bernilai beribu juta ringgit pada setiap tahun. Dalam industri
pembinaan, kebanyakan kes kecederaan berlaku di tempat kerja adalah disebabkan
oleh pekerja tidak diberi latihan keselamatan yang mencukupi atau langsung
tidak diberi latihan (Grossman, 1996). Jadual 2. menunjukkan jumlah kemalangan
(maut) mengikut tahun di Malaysia antara 2000-2004.
Sememangnya
tidak dapat dinafikan bahawa salah satu kesan sampingan daripada kepesatan
pembangunan ekonomi negara pada beberapa tahun kebelakangan ini ialah
risiko-risiko yang melibatkan tenaga kerja iaitu risiko kemalangan dan penyakit
pekerjaan yang semakin serius dilaporkan. Kemalangan dan penyakit pekerjaan
yang tinggi akan menjejaskan pembangunan negara dan kehilangan tenaga kerja.
Seperti yang telah diketahui, pekerja adalah aset penting negara dan menjadi
tulang belakang proses pembangunan. Pembangunan ekonomi dan sosial tidak akan
tercapai tanpa sumbangan daripada para pekerja. Justeru itu, usaha-usaha
sentiasa dijalankan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja
tidak terjejas (Levitt et al, 1987).
Peruntukan
yang sepatutnya dipatuhi oleh majikan sepertimana Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 bagi menyediakan latihan dan memberikan pengetahuan
keselamatan nampaknya tidak dilaksanakan sepenuhnya oleh majikan. Alasan kos
latihan yang tinggi menjadi alasan utama majikan enggan melaksanakan keperluan
ini (Everett, 1996). Menurut Davies dan Tomasin (1996), majikan dalam industri
pembinaan perlu menyediakan pelbagai peringkat latihan tentang keselamatan dan
kesihatan kepada setiap pekerja dan pegawai pengurusannya. Oleh yang demikian,
majikan atau kontraktor boleh dikatakan merupakan golongan yang utama dalam
menentukan keselamatan dan kesihatan kepada pekerjanya.
3.5
Langkah-Langkah Mencegah Kemalangan
Langkah-langkah
untuk mencegah dari berlaku kemalangan boleh dilaksanakan oleh kontraktor
dengan menyediakan peralatan serta kelengkapan keselamatan yang sesuai dengan
keperluan kerja dalam kadar yang mencukupi (Peyton dan Rubio, 1991). Pihak
kontraktor terlebih dahulu perlu mengenalpasti risiko-risiko bahaya di tapak
bina dan mengenalpasti peralatan yang sesuai untuk mewujudkan sistem kerja yang
selamat. Di antara -3-
peralatan
keselamatan yang perlu disediakan oleh kontraktor adalah topi keselamatan,
jaket keselamatan dan kasut keselamatan.
4. SUMBER MANUSIA DAN KEPAKARAN TENAGA BURUH
4.1
Kepentingan Sumber Manusia Dalam Industri Pembinaan
Tenaga
buruh amat penting di dalam industri pembinaan tetapi negara terpaksa mengimport
tenaga buruh asing daripada negara jiran untuk menampung kekurangan tenaga
buruh tempatan yang semakin kritikal. Perkara tersebut, mungkin berpunca
daripada pemikiran masyarakat kita sendiri di Malaysia yang memandang rendah
dan kotor terhadap buruh binaan ini, walhal bidang kerja tersebut memberi
pendapatan yang cukup lumayan berbanding dengan kerja-kerja lain terutamanya
kerja sebagai operator di kilang.
Kepesatan
pembangunan negara menyebabkan industri pembinaan negara terpaksa bergantung
kepada buruh asing. Kebanyakan buruh asing yang diambil bekerja tidak mempunyai
kemahiran dan kurang produktiviti (CIDB, 2004). Keadaan ini berlaku akibat
daripada tekanan upah yang meningkat untuk menggajikan buruh tempatan. Ini
menyebabkan kontraktor lebih senang mengambil buruh asing berbanding buruh
tempatan untuk diambil bekerja. Perkara ini menjadi isu utama dalam industri
pembinaan sekarang. Keadaan ini bertambah meruncing apabila Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan (CIDB) menganggarkan lebih setengah daripada 800,000
gunatenaga dalam sektor pembinaan negara dipenuhi oleh tenaga kerja asing yang
tidak berkemahiran. Ini bermakna industri pembinaan negara masih mempunyai
banyak peluang pekerjaan untuk diisi oleh belia tempatan bagi mengatasi masalah
pergantungan kepada tenaga kerja asing. Langkah ini sekaligus menjimatkan
pengaliran wang Malaysia ke luar negara (CIDB, 2004).
Bidang
kerja pembinaan tidak lagi wajar diistilahkan sebagai buruh kasar, hina dan
kotor, selain faktor 3D (Dirty, Difficult and Dangerous) sebaliknya kini kerja
dalam bidang pembinaan ini diiktiraf sabagai kerjaya yang memerlukan kemahiran
dan memiliki kemahiran mental, fizikal, kreatif serta ianya telah diakui
sebagai tulang belakang pembangunan negara. Kerjaya sebagai pekerja buruh binaan
dalam industri pembinaan bukan lagi dianggap sebagai pekerjaan golongan atau
kumpulan yang tercicir sebaliknya bidang kemahiran terutamanya dalam industri
pembinaan adalah satu pekerjaan yang menjanjikan sumber rezeki yang lumayan
(CIDB, 2004; Berita Harian, 1993).
4.2
Isu Buruh Asing terhadap Keselamatan dan Kesihatan Di Tapak Binaan
Kemasukan
tenaga kerja asing yang ramai dari negara kurang membangun telah memberikan
imej yang kurang baik dari aspek keselamatan kerana mereka kurang memberikan
perhatian atau tiada pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan di tapak
binaan. Masalah ini timbul adalah kerana mereka ini tidak menerima latihan
secara formal sama ada di negara asal atau di Malaysia. Sikap tersebut juga
menjadi salah satu punca yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan.
Insiden-insiden ini telah memberi publisiti yang tidak baik dalam usaha untuk
menarik lebih ramai lagi tenaga kerja tempatan terutamanya belia-belia lepasan
sekolah (CIDB, 2004).
Kepesatan
pembangunan negara menyebabkan industri pembinaan negara terpaksa bergantung
kepada buruh asing. Kebanyakan buruh asing yang diambil bekerja tidak mempunyai
kemahiran dan kurang produktiviti (CIDB, 2004). Keadaan ini berlaku akibat
daripada tekanan upah yang meningkat untuk menggajikan buruh tempatan. Ini
menyebabkan kontraktor lebih senang mengambil buruh asing berbanding buruh
tempatan untuk diambil bekerja. Perkara ini menjadi isu utama dalam industri
pembinaan sekarang. Keadaan ini bertambah meruncing apabila Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan (CIDB) menganggarkan lebih setengah daripada 800,000 guna
tenaga dalam sektor pembinaan negara dipenuhi oleh tenaga kerja asing yang
tidak berkemahiran. Ini bermakna industri pembinaan negara masih mempunyai
banyak peluang pekerjaan untuk diisi oleh belia tempatan bagi mengatasi masalah
pergantungan kepada tenaga kerja asing. Langkah ini sekaligus menjimatkan
pengaliran wang Malaysia ke luar negara.
4.3.
Isu Kepakaran Tenaga Buruh Industri Binaan
Sektor
pembinaan selalunya dikaitkan dengan fenomena 3-D iaitu 'Dirty, Difficult and
Dangerous' (Kotor, Sukar dan Merbahaya). Tenaga kerja tempatan berpendapat,
pekerjaan di sektor pembinaan tidak dipandang tinggi di kaca mata belia atau
masyarakat. Bebanan kerja yang berat dan terpaksa bekerja di bawah panas terik
matahari dikaitkan dengan pekerjaan buruh kasar. Di samping itu, banyak berita
di akhbar menyiarkan insiden kemalangan di tapak binaan yang kadang-kala
melibatkan kematian telah memburukkan lagi persepsi rakyat tempatan. Perubahan
teknologi kepada IBS telah mula mengubah persepsi kepada industri binaan yang
lebih cekap dan mampu menghasilkan industri yang lebih selamat dan berupaya
menangani masalah semasa industri binaan, selain berupaya bersaing dalam era
industri binaan bersaing dalam dunia globalisasi (Shahrul Nizar Shaari, 2003).
Kelebihan-kelebihan
yang ditawarkan oleh penggunaan IBS dapat mengalihkan sektor pembinaan daripada
masalah 3-D atau 3-K iaitu Dirty (Kitanai), Difficult (Kitsui) dan Dangerous
(Kiken), yang selama ini merupakan antara punca pekerja tempatan hilang minat
untuk memasuki sektor pembinaan. Rekod CIDB mendapati hampir tiga daripada
empat pekerja asing yang memohon ujian kepakaran untuk lanjutan permit terdiri
daripada mereka yang terlibat dalam tred basah (wet-trades) seperti penyusun
batu-bata, tukang kayu (acuan), tukang besi, tukang lepa dan tukang konkrit.
Kerjaya dalam sektor ini sepatutnya dianggap kerjaya yang selamat dengan adanya
latihan keselamatan dan latihan dalam tred kerja masing-masing (CIDB, 2005).
Industri pembinaan masih mengamalkan
proses kerja yang berintensifkan buruh (labour intensive) berdasarkan tred-tred
kerja basah (wet trades). Ini adalah faktor penyumbang utama kepada kualiti
kerja yang rendah kerana tenaga kerja yang melaksanakan kerja ini tidak
berkemahiran dan terlatih. Bagi mengurangkan pergantungan kepada tenaga pekerja
yang ramai lantas meningkatkan jaminan kualiti ke atas projek-projek pembinaan,
industri pembinaan perlu mengubah pelaksanaan kerja menggunakan lebih banyak kerja
berorientasikan teknologi sistem binaan berindustri (Industrialised Building
System - IBS). Dengan beralih kepada proses kerja yang lebih berintensifkan
modal, produktiviti dan kualiti dapat ditingkatkan dengan menggunapakai
sesetengah teknologi maju dari negara maju. Penggunaan teknik atau proses kerja
yang lebih inovatif dan cekap dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti
(CIDB, 2004).
5.
PROGRAM LATIHAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN
5.1
Latihan
Darkenwald dan Merriam (1982) memberikan
pengertian latihan sebagai “...aktiviti yang direkabentuk untuk meningkatkan
prestasi kerja pekerja semasa bekerja atau apa yang akan dilakukan oleh
pekerja”. Manakala Noe (1986) mendefinisikan latihan sebagai satu reka bentuk perancangan
pengalaman pembelajaran untuk membawa perubahan yang kekal terhadap
pengetahuan, sikap dan kemahiran individu.
Menurut
Roberts (1980) latihan ditakrifkan sebagai aktiviti atau segala usaha terancang
atau yang diprogramkan bagi kaedah pembelajaran dalam tingkah laku kerja
tertentu. Menurut Kamus Dewan (2000), latihan merupakan pelajaran atau
pendidikan untuk memahirkan atau membiasakan mengenai ajaran atau pelajaran
yang diterima dan mencukupi untuk seseorang menjalankan kerjanya.
Banyak
aktiviti dan program keselamatan seperti program kad hijau dan sebagainya yang
bertujuan memberikan pendedahan dan latihan mengenai amalan keselamatan. Namun
program tersebut hanya sekadar permulaan dan tiada tindakan dan program susulan
mengenai latihan keselamatan yang dilakukan secara berkala. Tiada program
latihan keselamatan yang berterusan yang dirangka kepada semua golongan
personel binaan di tapak bina. Program pembelajaran berterusan dalam latihan
keselamatan seharusnya dirangka bagi memberikan input tambahan dan dalam usaha
meningkatkan tahap keselamatan, mengurangkan kemalangan selain memberikan
persekitaran kerja industri binaan sebagai sektor pekerjaan yang selamat
sebagaimana dalam industri petrokimia.
Menurut
International Labour Office, manual keselamatan dikeluarkan bagi memberikan
panduan praktik keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tapak bina dan bagi
memberikan pengetahuan penyelesaian kepada masalah keselamatan yang berlaku.
Ini bagi memberikan gambaran bahawa industri pekerjaan di tapak bina adalah
selamat dan praktik keselamatan tersebut berupaya mengelakkan kemalangan kepada
nyawa pekerja, kesihatan dan juga sumber tenaga kerja terlatih yang berada di
tapak projek. Salah satu tujuan polisi keselamatan dan kesihatan pekerja yang
perlu ada dalam organisasi dan pengurusan keselamatan ialah keperluan latihan
keselamatan di semua peringkat pekerja binaan. Keperluan latihan sangat
diperlukan terutamanya bagi pekerja dalam tred yang dikategorikan berisiko
seperti pekerja peranca dan operator kren yang mana sebarang kesilapan oleh
mereka akan memberikan kesan kepada pekerja-pekerja yang lainnya di tapak
projek (ILO, 1995).
Robert
dan Rubio (1991), menyatakan bahawa latihan merupakan antara elemen asas yang
menjadikan program keselamatan menjadi lebih efektif dalam pengurusan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Juga menambah bahawa latihan keselamatan
dan orientasi merupakan elemen penting kepada program keselamatan yang efektif.
Penyelia dan pekerja perlu memahami polisi keselamatan firma dan prosidur berkaitan
bahaya dalam persekitaran pekerjaan mereka. Pekerja perlu disediakan dengan
program latihan orientasi keselamatan apabila pertama kali memasuki tapak bina
yang merangkumi polisi firma dan keselamatan projek, peraturan keselamatan,
orientasi tapak bina, peralatan pencegahan keselamatan dan keperluan latihan
menurut OSHA.
Antara
program keselamatan yang boleh dilaksanakan di tapak bina (Levitt dan Raymond,
1987) adalah Latihan Keselamatan Dan Kursus Induksi. Dalam program tersebut,
pekerja-pekerja perlu diberi latihan keselamatan yang berkaitan dengan
bidangnya untuk memberi pendekatan yang lebih berhubung dengan keselamatan
ketika melaksanakan kerja. Kursus induksi juga boleh dilakukan dengan mengawal
pekerja-pekerja yang baru supaya mengamalkan kaedah kerja yang betul dan
selamat. Kursus atau latihan seperti yang dinyatakan oleh Levitt dan Raymond
ini boleh dilaksanakan di tapak bina atau menghadiri kursus seperti yang
dianjurkan oleh National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH).
Selain
itu, latihan praktikal juga dilaksanakan di tempat kerja untuk melihat tahap
keberkesanan pelaksanaan dan kefahaman peserta. Bermula pada tahun 1999, CIDB
telah mewajibkan peserta menghadiri latihan pekerja dan mendapat kad hijau
sebagai bukti mereka telah berjaya menghadiri latihan tersebut. Oleh itu, kos
latihan ini mesti diperuntukan oleh semua kontraktor yang terlibat apabila ia
dikuatkuasakan.
Menurut
Koehn dan Kothari (1994) dan Amrien (1992), dalam usaha menekankan amalan
keselamatan semasa pembinaan, adalah disarankan organisasi mengambilkira
beberapa perkara iaitu, mempunyai pengetahuan berkaitan perundangan terlibat,
menentukan polisi dan prosidur dan memastikan diikuti oleh semua pihak,
melaksanakan latihan keselamatan berjadual kepada pekerja, pengurus dan
profesional pereka bentuk, membangunkan polisi bertulis berkaitan program
keselamatan dan melaksanakan sistem penalti, dan melaksanakan mesyuarat
keselamatan selain menyediakan pasca rekod data keselamatan bahan binaan.
Keselamatan tidak akan dicapai melalui penguatkuasaan perundangan semata-mata
walaupun ia merupakan tanggungjawab kontraktor. Majikan atau klien perlu
terlibat sama kerana keselamatan pekerjaan merupakan usaha kumpulan dan ianya
boleh dicapai melalui pelaksanaan latihan dan pendidikan.
5.2
Kepentingan Latihan Keselamatan dalam Industri Binaan
Latihan
keselamatan mempunyai kepentingan kepada firma dan masyarakat seperti yang
dinyatakan oleh Robert dan Rubio (1991). Latihan keselamatan berupaya
menyelamatkan nyawa, mengelakkan kemalangan, kecederaan dan kesakitan. Melalui
kebanyakan latihan dan praktis dalam pekerjaan, kita akan berupaya melaksanakan
tugasan dengan sempurna berbanding dengan sebelumnya. Menurut Davies dan
Tomasin, (1996), adalah menjadi kewajipan majikan membekalkan arahan dan
latihan secukupnya bagi kepentingan memastikan keselamatan dan kesihatan
pekerja terjamin selain bagi mematuhi peruntukan perundangan keselamatan di
tempat kerja (Health and Safety at Work Act, 1974). Dan antara persoalan yang
akan ditanya selepas berlakunya kejadian kemalangan adalah , “adakah latihan
secukupnya telah diberikan kepada semua pekerja?”. Ini menunjukkan betapa
pentingnya membekalkan secukupnya latihan keselamatan bagi memastikan
tanggungjawab majikan telah dilaksanakan iaitu membekalkan latihan kepada semua
lapisan pekerja termasuk kakitangan pengurusan. Tambahan lagi keselamatan
sepatutnya merupakan sebahagian daripada semua latihan dalam operasi industri
binaan.
Kepentingan
latihan keselamatan dan kesihatan dilihat dari aspek membekalkan pekerja semua
lapisan ketukangan atau kepakaran profesional kepada kemahiran asas dan
kepakaran yang diperlukan untuk melaksanakan pekerjaan atau menambahkan
pengkhususan kepakaran. Latihan tidak perlu dilihat sebagai khusus latihan
seperti di kolej malah latihan yang khusus di tapak bina yang membekalkan
pengetahuan berkaitan risiko pekerjaan di lapangan (King dan Hudson, 1985).
6. KESIMPULAN
Sejak
isu mengenai keselamatan meningkat dalam industri pembinaan, banyak kajian berkaitan
keselamatan telah dijalankan bagi kerja-kerja bangunan. Kejadian kemalangan
seperti yang sering berlaku di sektor pembinaan telah mengakibatkan kehilangan
begitu ramai tenaga kerja dan kerugian harta benda berjuta-juta ringgit pada
setiap tahun di negara ini. Kejadian kemalangan di dalam industri pembinaan
sering dikaitkan dengan kecuaian dalam pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek
keselamatan, pengabaian program program kesedaran dan latihan, tiadanya
displin, kurangnya komunikasi serta lain-lain lagi gangguan luar yang
meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes kemalangan yang semakin
meningkat hari ini.
Bagi
menjamin keselamatan industri binaan yang berterusan, majikan dalam industri
pembinaan adalah perlu menyediakan pelbagai peringkat latihan tentang
keselamatan dan kesihatan kepada setiap pekerja dan pegawai pengurusannya. Oleh
yang demikian, majikan atau kontraktor boleh dikatakan merupakan golongan yang
utama dalam menentukan keselamatan dan kesihatan kepada pekerjanya. Program latihan
keselamatan seharusnya mempunyai program berterusan sebagaimana kredit yang
perlu diperolehi oleh pihak profesional dalam program pembelajaran berterusan
sebelum diterima untuk pembaharuan pendaftaran profesional. Program
pembelajaran berterusan dalam latihan keselamatan seharusnya dirangka bagi
memberikan input tambahan dan dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan,
mengurangkan kemalangan selain memberikan persekitaran kerja industri binaan
sebagai sektor pekerjaan yang selamat sebagaimana dalam industri petrokimia.
7.
RUJUKAN
Berita Harian
(1992). Sektor Pembinaan dan Pembuatan Penting. dlm. Berita Harian, 13 Ogos
1992. Kuala Lumpur: Berita Harian Sdn. Bhd.
Bold. J (1996).
Role of State Labour Inspectors in The Prevention of Occupational Accident, Journal
of Asian-Pacific Newsletter on Occupational Health and Safety, Vol. 3 (2), July
1996, pp 36-37.
Brazier, A.J
(1994) A Summary of Incident Reporting in the Process Industry, Journal of
Prevention Process Industry, Vol. 7 (3), pp243-247.
Construction Industry
Development Board Malaysia (2004) Tinjauan Industri Pembinaan 2001-2002, Kuala
Lumpur: CIDB, pp.49-67
Construction
Industry Development Board Malaysia (2005). RoadMap Sistem Binaan Berindustri
(IBS) 2003-2010, dalam IBS Digest, January-Mac 2005, Kuala Lumpur: CIDB, pp.
4-5
Covan, J (1995)
Safety Engineering, New York: A Wiley Interscience Publication, pp. 93
Darkenwald, G. G
dan S. B. Merriam (1982) Adult Education: Foundations and Practice. New York:
Harper and Row Publication, pp 65
Davies, V.J. dan
Tomasin, K. (1996) Construction Safety Handbook, 2nd. Edition. Great Britain:
Thomas Telford Publishing, pp 3, 141, 204.
Diaa Hadid
(2006) Construction Deaths and Accidents Leap, Dubai, in Gulfnews bertarikh 17
Januari 2006 [Online] http:// www.gulfnews.com. Dicapai pada 4 Februari 2006.
Everett, J.G.
(1996). Cost of Accident and Injuries to The Construction Industry, Journal of
Construction Engineering and Management, pp 158-164.
Grossman, S.I.
(1996). Occupational Safety and Health Administration US Department of Labour,
Journals of OSHA Technical Data Centre, dlm. SIA Newsletter 96-97: July 1996.
International
Labour Organization (ILO) (1995). Safety, Health and Welfare on Construction
Site – A Training Manual, Geneva: International Labour Office.
King, R.W. dan
Hudson, R. (1985) Construction Hazard and Safety Handbook, UK: Butterworth
& Co Publishers Ltd, pp.431
Kweku K. Bentil
(1990) Construction Site Safety: A Matter of Life and Costs, Journal of Cost
Engineering, Vol 32, No. 3, March 1990
Koehn, E. dan
Kothari, R.K (1994). Constructon Safety in Developed and Developing Regions,
Proceeding of Eureka Conference-June 1994, Lillehammer: Norwegian Building
Research Institute, pp. 475-476
Laney, J.C.
(1982a) Site Safety, New York: Longman Inc.
Laney, J.C.
(1982) Site Practices Series-Site Safety, United Kingdom: Construction Press.
Levitt dan
Samelson (1987) Construction Safety Management, New York: Mc GrawHill Book
Company.
Ludin Embong
(1995) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Buletin Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Bil 1/95, Kuala Lumpur: Percetakan
Nasional Malaysia Bhd.
Noe, R.A (1986)
Trainees Attributes and Attitudes: Neglected Influences on Training
Effectiveness. Journal of Academy of Management Review. 11(4), pp 736-749.
Peterson,
D.(1978) Techniques of Safety Management, New York: McGraw Hill Book Company
Roberts, J.M.
(1980) Construction Management: An Effective Approach, Va: Reston
Peyton, R.X. dan
Rubio, R.C. (1991) Construction Safety Practices and Principles, New York: Van
Nostrand Reinhold, pp. 20-22, 95-96, 162-163
Ridley, J.
(1994) Safety at Work, Oxford: Butterworth - Heinmann
Shahrul Nizar
Shaari, (2003) Dirty, Difficult and Dangerous? Simply It... Use IBS!, dalam
CIDB News, Bil. 1, 2003, Kuala Lumpur: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia, pp 8-11.
No comments:
Post a Comment