Tak kenal maka tak cinta! Begitu juga bagi semua penyokong-penyokong
Liverpool di Malaysia khasnya. Lagu-lagu sorak yag selalu berkumandang
di Anfield dan di mana sahaja pasukan Liverpool beraksi menunjukkan
perbezaan antara penyokong-penyokong Liverpool dan penyokong kelab-kelab
lain di dunia. Ia menjadi bualan sesiapa sahaja yg mendengarnya, dan
oleh sebab itulah Liverpool terkenal dengan “12th man” di mana
penyokong-penyokong sentiasa memberi sokongan padu setiap kali Liverpool
turun beraksi.
Lagu You’ll Never Walk Alone bolehlah dianggap sebagai lagu yang berada
di senarai teratas kedudukan lagu-lagu sorak atau chanting di seluruh
dunia. Tanyalah sesiapa sahaja penyokong Liverpool di mana sahaja anda
pergi, pasti lagu YNWA ini menjadi siulan mereka. lagu ini berasal dari
persembahan muzikal “Carousel” yang di persembahkan oleh Rodgers and
Hammerstein pada tahun 1945. Lagu ini dipopularkan semula oleh kumpulan
Gery & The Peacemakers yang berasal dari Liverpool pada tahun 1963
dan tidak menunggu lama untuk dijadikan “Liverpool Anthem” di mana
penyokong-penyokong Liverpool menyanyikannya sebelum perlawanan bermula.
Lagu ini dijadikan ikutan kelab bolasepak lain selepas itu seperti
Celtic, Feyenoord, FC Twente, Borussia Dortmund, FC Kaiserslautern, FC
St Pauli dan juga FC Tokyo.
Ada beberapa lagu chanting Liverpool merupakan lagu yang diambil dari
lagu-lagu lama yang diubah liriknya bersesuaian dengan Liverpool.
Contohnya lagu Field Of Anfield Road. Lagu ini diambil dari lagu Field
Of Athenry iaitu sebuah lagu Ireland yang menceritakan tentang masalah
kebuluran di Ireland pada masa tersebut. Lagu ini digubah semula oleh
Pete St. John pada tahun 1979 bersesuaian dengan kegemilangan Liverpool
pada era tersebut.
Lagu Poor Scouser Tommy misalnya diambil dari gabungan lagu Red River
Valley dan The Sash My Father Wore. Lagu Red River Valley terkenal di
bahagian utara benua Amerika di mana dikatakan lagu ini telah
dinyanyikan secara meluas di lima wilayah Kanada sebelum tahun 1896
lagi. Ini menguatkan lagi fakta bahawa lagu ini dicipta semasa Ekspedisi
Wolseley ke utara Red River Valley tahun 1870 di Manitoba. The Sash My
Father Wore pula merupakan sebuah lagu Ireland yang dicipta sebagai
memperingati kemenangan King William III di era perang Ireland sekitar
1690 hingga 1691. Lagu ini popular dikalangan Ulster Loyalist (merupakan
pihak yang menentang penyatuan Ireland) dan Unionists (pihak yang
menyokong kesatuan politik pulau-pulau Ireland dan Great Britain) dan
sebahagian Scotland di mana ia juga boleh didengar dinyanyikan oleh
penyokong-penyokong Rangers FC.
Lagu We Won It Five Times pula digubah semula dari lagu popular, Sloop
John B dendangan The Beach Boys pada tahun 1966. Lagu ini sebenarnya
berasal dari lagu rakyat Hindia Barat yang bertajuk The John B. Sails.
Ia mula diterbitkan melalui Novel Amekira, Prince Of Eight tulisan
Richard Le Gallienne. Ia dimasukkan ke dalam senari koleksi lagu-lagu
rakyat Amerika oleh Carl Sandburg pada tahun 1927 sebelum ia
dipopularkan semula oleh The Beach Boys.
Menarik bukan fakta-fakta di atas? Saya hanya mengambil sebahagian
daripada senarai penuh lagu-lagu Liverpool yang terdapat dalam koleksi
kelab. Anda mungkin boleh cuba mencari The Anfield Song Book yang di
jual secara online dalam liverpoolfc.tv untuk mengetahui senarai penuh
lagu-lagu Liverpool(rasanya masih belum dikemaskini). Untuk mengetahui
sejarah lagu-lagu tersebut, saya serahkan pada anda untuk menyelongkar
dunia internet ini kerana semua ada di dalamnya. Yang paling penting,
adalah satu kerugian jika anda mengetahui lagu-lagu ini tetapi tidak
mempraktikkannya semasa menonton perlawanan Liverpool kerana ini adalah
salah satu cara untuk menaikkan semangat kita menghadapi pihak
lawan(walaupun anda menontonnya di kedai-kedai makan).
No comments:
Post a Comment